09 December 2007

2nd Cahayamata

Hari ini aku dapat 2nd cahaya mata. Seorang puteri. Maknanya aku dah ada seorang Putera & seorang Puteri. Proses kelahiran sama mcm Haziq dulu...operate. Apa nak buat...yg no3 nnt kena la tgu 3 tahun lagi la. Baby nampak OK dan xde promlem apa dengan berat 3.2 kg.

Info kelahiran : HUSM. Sepatutnya kat Hospital Kota Bharu - dapat wad 1st class. Tapi HKB dah start kosongkan wad sbb air sungai Kelantan dah mula melimpah msuk ke bandar KB. Terpaksalah duduk dlm wad di HUSM - Bersesak2 dgn patient lain. Betul2 sesak sbb ramai patient dari hospital2 lain di transfer ke sini jugak.

Takpe la....yang penting babygirl aku selamat & wife aku pun selamat. Lepas 3 hari Isteri aku dah boleh balik dah. Lepak rumah mak dia.

Skang ni kami sekeluarga tengah bincang2 nak bubuh nama apa kat babygirl comel aku ni.

13 October 2007

Tukar Rim kali ke 2



Hari ni aku telah jatuh cinta dengan sejenis lagi rim sukan dari keluarga O.Z Racing jugak. Nama dia O.Z Racing Superturismo GT. Italy made. Aku x pikir panjang terus bayar.

Terpandang saja rim tu hilang segala lapar dan dahaga di bulan puasa ni. Tapi yang penting raya 2 minggu lagi dan aku akan beraya dgn rim sukan baru.

O.Z Racing Ultraleggera aku nampaknya dah ada buyers. Member PMC jugak dari Ipoh. So aku pun dengan selambanya me'letgo'kannya dengan harga RM1600.

Ada lebih lagi RM500 jadi aku pun setuju cari lah diskbrek belakang untuk melengkapkan Wira aku nih.

25 February 2007

1st moddy

Wira aku telah di moddy secara biasa2 saja. Tak terlalu extrim...hanya sekadar smart & good looking jer. Kira masih lagi mengekalkan ciri2 asal Wira. Belum tergerak nak convert sepenuhnya menjadi model asal Jepun iaitu Lancer.
Memang ada cita-cita tapi aku prefer utk bikin performance dulu. Cadangnya nak taruk jantung baru dari keluarga 4g9x dan semestinya injection. Jantung asal keter ni 4g15p - carbie. Nak kasi kuat sikit disamping mengurangkan penggunaan bahan api. Tapi...itu projek tahun bila ntah laa...tengok keadaan poket dulu.

So aku nk menyemat dulu. Mula2 cari Rim Sukan...aku minat yang Import sbb ringan, tahan lasak & ORI. Lagi satu dia ada 4 lubang saja (PCD100 atau 114.3) Kalau taiwan made ada sampai 8 lubang...buruk betul. Cari punya cari dapat la O.Z Racing Ultraleggera Made in italy. RM1100 + tayar. Ringan gila.

Dapat jer Rim aku terus hantar cat kereta aku. Sebelum hantar cat aku masukkan bodykit yang standard utk wira (custom made). Lips bumper depan PU. Side skirt fiber ala Wise. Lips bumper blakang ala Evo III - fiber & akhir skali Spoiler fiber ala Evo III.

Setelah 2 minggu terperap kat kedai Abe keter aku siap sepenuhnya dan aku bersedia nak bawa balik ke Gerik.

26 January 2007

Aku beli wira


Skang aku dah terus duduk Gerik. Malas nak travel lagi dah. Setelah puas melanyak kancil 850 dan Proton Saga 1.3 untuk berulang alik weekly dari Shah Alam ke Gerik (+/- 350 km sehala). Aku rasa dah tiba masanya aku tukar keta lain pulak.
So Disember 2006 aku pegi tender sebuah Wira dekat KSL Sungai Tua. Lawan punya lawan dapatla sbijik dgn bidaan RM 7k. Malam tu jugak bawak balik KB dengan takde roadtax. Punya la bnyak keter sepanjang jalan...rupa2nya esoknya raya haji...patutla ramai tul umat. Alhamdulillah takde apa2.