25 February 2007

1st moddy

Wira aku telah di moddy secara biasa2 saja. Tak terlalu extrim...hanya sekadar smart & good looking jer. Kira masih lagi mengekalkan ciri2 asal Wira. Belum tergerak nak convert sepenuhnya menjadi model asal Jepun iaitu Lancer.
Memang ada cita-cita tapi aku prefer utk bikin performance dulu. Cadangnya nak taruk jantung baru dari keluarga 4g9x dan semestinya injection. Jantung asal keter ni 4g15p - carbie. Nak kasi kuat sikit disamping mengurangkan penggunaan bahan api. Tapi...itu projek tahun bila ntah laa...tengok keadaan poket dulu.

So aku nk menyemat dulu. Mula2 cari Rim Sukan...aku minat yang Import sbb ringan, tahan lasak & ORI. Lagi satu dia ada 4 lubang saja (PCD100 atau 114.3) Kalau taiwan made ada sampai 8 lubang...buruk betul. Cari punya cari dapat la O.Z Racing Ultraleggera Made in italy. RM1100 + tayar. Ringan gila.

Dapat jer Rim aku terus hantar cat kereta aku. Sebelum hantar cat aku masukkan bodykit yang standard utk wira (custom made). Lips bumper depan PU. Side skirt fiber ala Wise. Lips bumper blakang ala Evo III - fiber & akhir skali Spoiler fiber ala Evo III.

Setelah 2 minggu terperap kat kedai Abe keter aku siap sepenuhnya dan aku bersedia nak bawa balik ke Gerik.